06 June 2017

Penyair Daif #2

Bila mana semua yang kamu lihat terkadang ada yang sama dan ada yang lain, kamu harus tahu belajar bahawa yang sama itu terkadang cerminan diri dan yang berbeza itu terkadang pelajaran baru yang tuhan mahu kamu hadam dan fasih.

Langit lewat itu juga terkadang punya pelbagai definisi bentuk dan warna yang boleh buatkan kamu khayal dan lupa tentang perjalanan sebentar. Dan apa yang kamu kagumi itu tiada yang salah, yang benar adalah kamu sedang nikmatinya selagi perlu.

Tuhan itu sentiasa ada, tidak kira kamu dibawah mahu diatas. Dia ada dimana-mana seperti monolog kamu disetiap doa moga Dia tidak pernah meninggalkanmu. Bila nanti ada yang membantu, itu tanda pertolonganNya telah sampai tepat saat kamu perlu. Bersyukurlah.

Waktu itu, kamu buka tirai lihat, kami masih dapat merasakan tempat dimana kamu sering berpijak, ada masa kamu lupa dan ada masa kamu ingat. Manusia itu dikurnia menatap, menatap sesuatu yang sentiasa kamu perlu setelah jauh berjalan meyusur mimpi. Ada indah dan ada yang tragis. Kamu yang mencoraknya dan kamu yang menyatakannya.

Bila tirainya mula kamu tarik, langit sentiasa menerang dan sang bayu tanpa lelah menghembus dingin malam. Kamu pejam mata, dengan harapan esok akan muncul seperti selalu. Manusia masih sama perilakunya tapi tidak pada hati.

05 June 2017

Penyair Daif

Assalamulaikum
Bismillah

Hati aku terusik, saat ada yang mula menyentuhnya dari dasar tanpa sedar. Kau yang aku sama kan dengan pencuri dalam diam. Ada waktunya aku selongkar kamar itu dek kerana kecelaruan yang perlu aku cari apa punca sepertamanya.

Kadang juga, secangkir kopi dalam sebuah ruang yang tersesat belum membolehkan kita sehaluan angin yang menghentam. Adakala, pertelingkahan itu perlu bagi menyantumkan sebuah sketsa.

Hati kau diketuk sang beduk yang memanggilmu dalam doanya. Dibelai dengan kasih yang tulus belum dapat membuatmu sayang. Andai hati punya yang satu, datang beribu insan belum tentu hati kau boleh direntap.

Lakonan hari ini yang kau bawakan, konon mampu menarik perhatian dunia. Tapi kau lupa, manusia memandang pada sesuatu yang bodoh. Bukan dari kisah yang benar tapi dari lukisan lakonan yang diadaptasi.

Malam demi malam, lakonan itu kau bawa..kau cipta manusia baru. Mungkin untuk menyempurnakan mimpi malam mu kelak atau sekadar angan-angan yang punya batas. Satu demi satu babak kau cipta untuk membuat hidup mu kelihatan tragis!

Dalam sanubarimu, ada luka yang bertahun kau kuburkan..meski itu membuatmu sakit tapi kau masih memilih utuhnya sebuah kesetiaan dan penantian. Ada waktunya kau bodoh dilihat diri, ada waktunya kau lalai dengan masa dulu.

Ada waktu aku tertanya sampai bila, kau harus menjadi seorang penyair yang terus menerus menyair di hati manusia lampau, mengheretmu ke lembah yang lebih menyiksa. Dibiar hatimu dirobek kisah masa lalu dan itu adalah kamu, manusia tanpa menyerah tapi dipandang daif!


14 May 2017

Kehilangan

Assalamualaikum
Bismillah

Kehilangan..
Perkataan yang orang tahu tapi isi nya tiada yang mahu tahu. Kehilangan adalah perkara yang paling manusia takutkan. Walau sekeras mana digenggam, andai terputu.. hati yang merana. Kehilangan dan perasaan bagai semua pertalian yang mampu menggoyahkan setiap dari hati manusia. Aku sendiri juga, tak mahu tahu lagi bagaimana rasanya berjalan diatas kebenaran sebuah kehilangan.

Manusia dilahirkan dengan berlainan kisah, tapi yang pasti masih dengan rasa yang sama.
Hati manusia, lain dan lain. Tapi, adakalanya sama dan seiring.
Walau kisahnya berbeza, setiap manusia masih menanti bagaimana episod kehilangan dalam hidup mereka bakal berakhir.
Kalau boleh digengam hati supaya sentiasa untuk tabah, pasti manusia tidak akan hidup dalam rasa tertekan dan tidak redha dengan suratan Tuhan

Manusia, ada yang perlu terima kehilangan terbesar dalam hidupnya. Redha itu bukan sesuatu yang sangat ringkas dan mudah tapi ia kadang memakan tempoh masa yang lama.
Kadang aku tertanya, bagaimana dia mampu hadapi sebuah kehilangan sedangkan dia juga manusia biasa seperti aku.
Aku kaji dan cari dan aku temui.

"Allah takkan menguji seseorang hamba andai dia tak mampu"

Kini, aku perlahan-lahan untuk mengerti setiap gerak geri hati manusia. Walau ia sukar dan itu tidak pasti tapi adakalanya salah satu dari mereka adalah sejenis spesis seperti hati kita. Walaupun perbezaan agak sedikit tapi percayalah akan ada sekelumit sejenis perasaan yang tertanam dalam hati manusia.

Jadi, semua manusia akan merasa sebuah rasa kehilangan
Walau kau cuba untuk lari, rasa itu sudah sebati
Kematian itu pasti dan kehilangan itu menanti.
Yang kau harus laku, menanti dan terus menanti.

18 April 2017

Baju raya Lubna

Jom Berhari Raya Bersama Lubna
Mengetengahkan konsep yang cukup ringkas dengan penggunaan warna-warna pastels yang lembut, koleksi baju raya Lubna merupakan koleksi yang wajib anda miliki sempena Aidilfitri pada tahun ini. Direka khusus untuk wanita moden yang gemar bergaya ringkas dan pada masa yang sama kelihatan menarik, Lubna bijak menyuntik elemen moden bagi setiap helaian rekaan baju kurung.

Bukan sahaja menghasilkan koleksi baju kurung, Lubna turut membawakan aneka pilihan blouse Muslimah, dress Muslimah, dan juga pelbagai rekaan skirts yang menarik pada tawaran harga berpatutan. Walaupun masih hijau dalam persada fesyen tempatan, koleksi baju raya Lubna 2016 ini membuktikan bahawa jenama ini kini berdiri setanding dengan jenama-jenama Muslimah yang lain.

Lubna bijak bermain dengan kombinasi warna yang kontra dalam koleksi baju kurung moden pada tahun ini. Selain itu, mereka juga memberi pilihan kepada para pembeli untuk bergaya kreatif dalam memadankan koleksi blouse Muslimah Lubna dengan pemakaian skirts untuk gaya raya kontemporari.

Kesemua koleksi pakaian wanita Lubna ini boleh anda temui di laman web popular, ZALORA Malaysia hari ini juga. Selain daripada menawarkan promosi istimewa dan tawaran eksklusif sempena Raya, ZALORA turut menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan beberapa kaedah pembayaran yang selamat termasuklah kaedah cash on delivery di beberapa kawasan. 

10 February 2017

Pengembara Perasaan

Ada sesuatu yang menghentam perasaan aku saat ini diwaktu yang lain membiarkan diri mereka digoda sejuknya malam.
Aku tatap langit yang hitam, ada sedikit putihnya dek kerana awan yang kelihatan cerahnya malam dihias cahaya bulan.

Aku pujuk sang hati, belainya dengan kata-kata yang bisa mengingatkan aku puncanya rasa kesakitan ini. Apa aku ada salah untuk siangnya?
Pedihnya tanpa punca, resahnya buat aku derita..apa ada sesuatu yang merobeknya tika ini? Tapi apa?
Harus aku lari dulu, teriak biarkan segala yang dilupakan terkeluar dari isinya.

Ada saatnya aku seperti hilang akal, hilang segala punca. Nafasku bagai tersekat..perasaannya pasti sekali kurang enak. Air mata bagai disekat dihujungnya. Disekat oleh kekuatan yang aku kumpul saat aku tenang dan aku gunakannya saat aku lumpuh dengan hati dan perasaan.

Aku biarkan angin malam menghempaskan rasanya diwajah ku yang tenang. Aku pejamkan mata, dan masih mencuba mengingatkannya. Apa yang aku lakukan. Aku berdoa, aku tertanya. Kenapa? Janjiku malam ni, hempaskan semuanya..biarkan roh mencari ketenangan saat jasad ku mulai longlai. Ku temukan mu disaat waktu tiba.

Selamat malam roh sekalian! Waktunya untuk kau mengembara.

23 January 2017

"CINTA"

Cinta, tak boleh di sentuh atau dirasa nafasnya
Cinta itu datang bukan dipinta, ia boleh terjadi pada sesiapa tanpa mengira darjat mahupun usia.
Hanya mereka yang layak dapat merasai warna sebenar cinta
Cinta, ada yang murah dan ada yang mahal nilainya
Yang murah ramai pembeli, yang berharga kadang sukar dimiliki

Bagi mereka yang merasai cinta, hargai setiap helah belaian cinta
Cinta datang adakalanya untuk membahagia, adakala untuk membelai dan adakala untuk menyakiti tapi pintaku sambutlah cinta dengan hati yang tulus.
Cinta boleh dicari, tapi kadang menemu yang tidak pasti.

Insan yang berkorban untuk cinta itu satu anugerah, tapi insan yang terkorban kerana cinta itu "pikir lah sendiri"
Kadang waktunya, cinta sering terjadi tanpa disedari. 
Dibiar pergi kerana ego yang menanti, tulusnya cinta tinggal dirasainya.

Hargai cinta, andai cinta datang dakaplah ia dengan hati bukan dengan nafsu yang tiada hati
Andai cinta itu pergi, tabahkan hati
Ada cinta lain yang menanti buat kamu merasai kemanisan cinta walau hanya sekali